Tanda-Tanda besar Kiamat.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”.
Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka“. H.R Muslimi


Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah: Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

Gempa bumi di Timur. Gempa bumi di Barat. Gempa bumi di Semenanjung Arab. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit).

Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

77 Responses to Tanda-Tanda besar Kiamat.

  1. aqif berkata:

    uihh..takutnye

  2. as berkata:

    eeee…takutnyaa..tapi ada sedikit tanda2 kecil da kluar..

  3. Semoga kita termasuk dalam lindungannya dan semoga kita tetap iman pada hari pembalasan nanti

  4. siti zahrah alip berkata:

    Saya selalu berdoa agar tidak ketemu peristiwa yang maha dasyat itu.

  5. huda berkata:

    harap-harap korunk smue bertaubat..
    tanda-tanda kecil dah kluar..

  6. cicak berkata:

    hai…insaplah…jom puasa sunat isnin khamis.. KUPIK

  7. aMeR berkata:

    Allahuakbar..Allah Maha Besar..
    Semoga Kita Semua Akan Tergolong Dalam Golongan Yg Akan Mengikuti Ajaran/Perintah Imah Mahdi Yg Akan Lahir Dalam Golongan Kita(Manusia Biasa) Juga..
    Dan Semoga Kita Semua Umat Islam Tak Menuruti Perintah Dajjal Yg Ingin Menyesatkan Manusia dan Berpaling Drpd Ajaran Imam Mahdi..

    • wawa berkata:

      aammiinnnnnnnnnnnnnnnn………………………….

    • saudara berkata:

      dajal tidak akan dapat masuk di kota mekah, kota madinah dan tempat yang menghidupkan dakwah setiap hari bukan 1 mgu 1x, bkn 1 bln 1x, bkn 1 th 1x, dan bkn 1x seumur hidup tapi hari-hari 24 jam, tanya jemaah yang biasa buat dakwah hari-hari bagaimana cara buat dakwah 24 jam setiap hari.

  8. AkmalHakim berkata:

    saya selalu suka baca artikel2 seperti ini,filem mahupun audio,perkara2 sebegini membuatkan saya lebih insaf dan lebih memandang kehadapan dan berfikiran lebih luas,saya berdoa seupaya dijauhkan daripada hari hari yg maha dasyat itu.aamin~

  9. SAT@YANI berkata:

    SESUNGGUHNYA ALLAH YANG MAHA BESAR……………………….SETIAP YANG MULA PASTI AKAN ADA AKHIRNYA……………..SUBHANALLAH…………….ALLAHU AKHBAR……………..

  10. eyna berkata:

    sesungguhnya apa yang abadi adalah milik allah…bukalah mata bukalah fikiran..renung-renungkanlah dan selamat beramal *)p

  11. puzzan berkata:

    tnda2 kecil dah bnyak yang kuaq..,
    bla lg kta nak tobat..,
    smoga lepas bca kta kembali ke jalan yang benar!!

  12. mazha berkata:

    Wujud perasaan insaf apabila membaca artikel ini. sangat menakutkan. semoga kita tergolong dalam orang-orang yang dikasihi Allah…

  13. hasbi rabbi berkata:

    ya Allah…kau matikanlah hamba mu ini dalam mati yg beriman….kuatkanlah iman d dada ku ini ya Allahhhhh………………..

  14. siti berkata:

    mudah mudahan kita dilindungi dan termasuk ke dlm orang2 yang beriman…

    • saudara berkata:

      aminn,
      seperti mana kita perlu duit yang sempurna (mencukupi) setiap bulan hendaklah kerja cari duit hari-hari 8 jam begitulah untuk dapat iman yang sempurna hendaklah kerja cari iman hari-hari 8 jam
      buat dakwah, belajar dan mengajar,ibadat dan khidmat

  15. zunnurain berkata:

    salam.minta izin copy post ni utk tatapan sahabat2 sy ye..syukran

  16. HAMBA berkata:

    aku telah insaff

  17. cutez.amal berkata:

    astaghfirullah…semoga stp insn yg thu akn hal ini insaf dan tdk terpedaya dgn dajjal…aminnn

  18. toki berkata:

    hamba berkata bertaubatlah sebelum terlambat

  19. apple berkata:

    ingatlah bahawa dajjal akan merampas semua makanan di muka bumi ini supaya manusia mengikut seruannya..hanya manusia yang benar2 beriman tidak akan mengikut seruan dajjal..dan ingatlah kekejaman yakjuj dan makjuj yang akan membunuh sesiapa sahaja orang yg ada dihadapan mereka…

  20. apple berkata:

    sebenarnya manusia membantu yakjuj dan makjuj tuk keluar dari tembok yg dibuat oleh iskandar zulqarnain..lihat la sekarang ini, manusia mengorek perut bumi untuk mndapatkan besi,tembaga,emas dll..tidak kah kita sedar semua ini?? hanya dengan laungan azan, lubang yang dikorek oleh kaum yakjuj dan makjuj dari dulu lagi tertutup setiap kali laungan azan..sehingga lah Allah swt berfirman tibanya hari kiamat maka lubang tersebut akan terbuka dengan luas dan kaum tersebut akan merosakkan muka bumi ini…

  21. apple berkata:

    sebelum terbitnya matahari dari barat ke timur, kita akan mengalami suatu malam yang sangat panjang…sehinggakan kita penat untuk tidur & perut pun lapar tetapi siang tidak muncul2..pada masa itu, matahari pergi menghadap Allah swt dan bersujud..sehingga lah Allah menyuruh matahari untuk terbit dari barat ke timur…maka matahari pun terbit dari barat ke timur..pada masa itu pintu taubat untuk seluruh umat manusia tertutup…

  22. apple berkata:

    tanda2 kecil kiamat sudah pun timbul..lihat lah dunia sekarang ini..kita hanya menunggu tanda2 besar kiamat..PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA..

  23. apple berkata:

    sesungguhnya aku insan yg sangat kerdil dan hina di sisi MU YA ALLAH..

  24. apple berkata:

    Subhanallah…Allah mencipta berjuta2 galaksi dan salah satu galaksi adalah terdiri daripada 9planet, matahari, bulan & bahan2 lain spt meteor, meteoroid, asteroid dll..bayangkan galaksi lain yang wujud yang hanya Allah sahaja mengetahuinya..dan pada 2003, NASA telah menemukan planet yang ke-10 dinamakan NIBIRU..

  25. Jannah berkata:

    Masya allah..
    Semua ini adalah huraian yang wajib kita ambil tahu,..
    Sesungguhnya mati tiu pasti dan hidup itu insyaallah..
    “Allahula ilahaillahuwa layajma`annakum ila yaumil qiyaamati la raiba fiih”..

  26. saifuddin berkata:

    subhahanallah,
    maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam,
    wahai orang2 islam cepatlah bertaubat sebelum terlambat

  27. Wahai insan2 semua….
    marilah sama2 kita berbanyakkan bertaubat kpd Allah..
    Selagi pintu taubat belum tertutup…
    Dan sentiasalah mengingatiNya…Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang2 yg beriman….

  28. no name berkata:

    harap2 aku x hidup dh wk2 dajal timbul..

  29. joe berkata:

    ada setengah sumber menyatakan sebelum berlakunya kiamat manusia akan kembali ke zaman lampau dimana manusia hidup tanpa teknologi,kekalahan yahudi dalam perang menentang islam..betul ke?
    4 information dalam discovery channel(astro551,perfect disaster) ada sebut pasal ribut suria.yang mana akan memusnahkan semua teknolgi dunia.kitaran pelepasan gas dari maahari(cme)berlaku setiap 11 tahun.and pancaran kitaran seterusnya pada 2011.saintis juga menyatakan peristiwa akan berlaku tanpa di duga.ada jg tersebar mengenai penemuan planet baru,nibiru.bukan dari galaksi bima sakti.akan melengkapkan kitaran orbitnya melalui berhampiran bumi yang mana dikatakan menjadi punca perubahan putaran orbit bumi.(matahari terbit dari barat).2012. apa yang pasti setiap keterangan alquran n hadis adalah sekaras dengan sains.mgknkah kita manusia akhir zaman?subhanallah.sama2lah betulkan diri

  30. myra berkata:

    astagfirullah walazim aku dah jadi insaf
    aku tak mau sengsara di dunia dan akhirat….

  31. ruby say berkata:

    bawa2 la bertaubat

  32. ya Allah sedarkan lah umat2 kami iaitu umat pengakhiran zaman sebelum terlambat,berikan kami petunjuk sesungguh nya kau maha pengasih..kasih kan lah kami…yang kadangkala tidak sedar apa yang telah kami lakukan..buka kanlah pintu taubat kami dan aku hamba mu yang tersangat hina..ingatkan la kami kepada kaum kami..ingat kan lah kami kepada asal usul kami iaitu dari tanah yang kotor….
    bukakan pintu taubat kami ya allah..berikan lah kami caha keimanan,berikanlah kami petunjuk..berilah kan kami kerdhaan mu..kami hanya takut pada ya Allah,pencipta seluruh makhluk..

    • aqeela berkata:

      segala yg kite buat didunia akan mendapat balasan diakhirat nnt..so beringat la kalu nk buat perkara xelok kn kn..

  33. mahuTaubat berkata:

    insafla..wahai mnusia..jika dirimu..di noda..mcm sy..sy btul2 mau bertaubat..sy tkut azab Allah..marila kta bersama2 bertaubat sblum pintu taubat tertutup..

  34. hambaMU berkata:

    aku tul2 insaf dgn kekuasaan Allah SWT..marilah kita sama2 taubat

  35. nur berkata:

    sama2lah kita berdoa supaya kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan mentaati perintah-Nya. ilmu yang sedikit diamalkan berterusan lebih baik dari bnyak ilmu tapi tidak diamalkan…

  36. e-ZaT berkata:

    assalamualaikum.bersyukur kita ke hadrat ilahi krn diberikan 2 nikmat yang terbesar iaitu islam dan iman.
    saya berharapo agar islam terus MARA kehadapan dan tidak lagi ditindas.wallah hualam.assalamualaikum w.b.t.

  37. EMIR ASLAM BIN THOPATALAM berkata:

    “ISLAM IS THE WAY OF LIFE”

    POWERED BY;INTEP

  38. Rasyidah Fathin Rahban berkata:

    da bnyk tanda tentang hari kiamat…semakin hari semakin banyak perkara yg teruk berlaku…marilah kta bersama2 bertaubat ke jalan yang benar,ke jalan allah s.w.t..

  39. haikal berkata:

    sama2lah kita bertaubat

  40. zack faiqal berkata:

    salam, risau ye aq bla bca smua ni…..
    niat memang nk bertaubat…..
    ya ALLAH bg ar prtujuk ke jlan mu…..
    aq bnar ingin bertaubat…..
    aq hrap korng pn ad niat cm aq…..

  41. AHMED BENAZZI berkata:

    astarfirullah hal azim….ramai lg org x sedar dgn nikmat allah.semoga allah membuka hati untuk mereka. amin…..

  42. Tanpa Nama berkata:

    sedih sebab nanti saye dah tua…

  43. deleted berkata:

    lagi pon x de ape ape saye nak buat yg paling penting sembahyang,membace al-quran,dan mcm2 lagilah…

  44. hazrul berkata:

    taubat lah

  45. botak berkata:

    bawak2 la tobat belako weh

  46. siapa saya?? berkata:

    Assalamualaikum..Terdapat 3 golongan manusia iaitu orang beriman (mukmin),orang munafik dan orang kafir..pilih lah yang mana satu..Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah suatu Kaum Hingga Mereka Mengubah Diri Mereka Sendiri..aku syorkan kita sama-sama mengkaji Rukun Iman dan Rukun Islam supaya kita tahu siapa kita sebenar dan apa yg telah kita lakukan selama ini..Gunakan akal kita untuk berfikir dan jangan kita lupa berpandukan Al-Quran dan Al- Hadith..Bacalah dan fahami apa yang terkandung di dalamnya..

  47. saribah berkata:

    mudah2an kita sebagai umat islam cepat sedar dan bertaubat sebelum terlambat ,,,saya pun dulu ya allah ya ampun dosa melebihi paras kepala ,tapi kini saya kembali ke pangkal jalan ,mudah 2an Allah mengampuni dan melindungi saya dari kembali sesat .tuhan maha kaya maha bijaksana dan penguasa sekelian alam …alhamdulilah saya sekarang tak pernah tinggal mengerjakan ibadah ,,, kerana mimpi saja saya terus insaf,,,mimpi ibu datang suruh sembahyang dan mimpi kalimah Allah serta muhamad kat langit ,,kemudian gempa bumi tepat mengena kat rumah 2 hr berturut 2 masa ni saya di america ,dulu kat malaysia tak insaf kerana kawan 2 ramai tapi kat america saya sendiri jadi saya merasa sesuatu kelainan ,,alhamdulilah saya rasa tenang sekarang ..

  48. hamba Allah berkata:

    saya baru berumur 12. saye takut…

  49. Arfandy91 berkata:

    Astagfirullah. . Wahai kawan2 marih lah qta semua memhon apun dan berataubat kpd Yag Maha Esa,selag qta msh d bri kesempatan,jd gunakan lah masa ini,bb suatu hari nant qta menyasal. .


    Sent on a phone using T9space.com

  50. mohamad ikmal berkata:

    tak insaf-insaf lgi ke

  51. wawa berkata:

    syer sngt berharap agar ditempatkan ditempatkan ditempat org yg beriman ……………… amin……………………

  52. wawa berkata:

    wahai org2 islam bertaubatlah kamu …… kerna hari kiamat sudah semakin hampir ……………………..

  53. Tanpa Nama berkata:

    Subhanallah…dasyatnyer kiamat..moga-moga Allah ampunkan semua dosa kita

  54. Mohammad Azwin berkata:

    sya nk bertaubat tp…ssah…adkah pin2 atiku ini telah kau tup2 YA ALLAH….berikanla aku petunjukmu…agar aku jlani dgan sempurna…

  55. SAIFUL IZUDIN BIN MOHD RAFI berkata:

    Allahuakbar…Allah Maha Besar..Segala Piji Pujian semua bagi Allah..sesungguhnya drNYA kite datang & kepadaNYA jua kite akn kembali..Sy berdoa agar dijauhi dari seksaan hari kiamat yang amat dasyat..amin..

  56. SAIFUL IZUDIN BIN MOHD RAFI berkata:

    Allahuakbar…Allah Maha Besar..Segala Puji Pujian semua bagi Allah..sesungguhnya drNYA kite datang & kepadaNYA jua kite akn kembali..Sy berdoa agar dijauhi dari seksaan hari kiamat yang amat dasyat..amin..

  57. Ayumie CC Lyn berkata:

    smoga smua umt islam tdak akn trikut ajaran sesat

  58. MIAU..MIAU berkata:

    TAKUT JUGAK KAN.. MEH KITE TOBAT SKARANG

    • MIAU..MIAU berkata:

      YA TUHAN.. jgn lah ENGKAU mempercepatkan kiamat ya tuhan..kasihanilah kepada yg akan lahir pada hari tersebut nanti. ya tuhan..Amin..

  59. avelda...anglo chinese berkata:

    harap-harap kiamat tidak berlaku tahun ini Amin..kepada sesiapa yg baca jgn takut ya..jgn takut ya chung mei li

  60. AFIQ_PRO_MELEE berkata:

    SAYA MEMOHON MAAF KEPADA YG SAYA TELAH MEMBUAT DOSA

  61. NIK53 berkata:

    Banyak dh muncul tanda2 kecil kiamat mse ni =3

  62. syafika adila:
    saya berdoa semoga kiamat tak berlaku pada tahun 2015

  63. I read this post completely about the resemblance of hottest and preceding technologies, it’s amazing
    article.

Tinggalkan Jawapan kepada mohd shahaidi Batal balasan