Demi Cinta Zainab

DEMI CINTA ZAINAB-MESTICA (alil, epul, kelul dan razin)

Di kiri kekufuran di kanannya iman
Di sisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan di antara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi putri Rasulullah
Ketika suamimu masih jahiliyyah

SUAMI DAN AYAH VS KUFUR DAN ISLAM

Apa yg dpt saya ceritakan di sini adalah, semasa mula2 Rasulullah menerima wahyu dari Allah buat pertama kalinya membawa agama Islam di bumi Mekah, Zainab sudahpun mendirikan rumahtangga dengan Abul Asy iaitu sepupu beliau, anak kepada kakak Khadijah (ibu Zainab) yang bernama Halah ibnu Khuwailid. Abul Asy pada ketika itu sedang berdagang di luar Mekah. Zainab merasa ketenangan apabila menganut agama Islam yang dianutinya dan beliau amat tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan itu bersama suaminya. Apabila suaminya pulang, beliau cukup berdukacita apabila suaminya enggan memeluk Islam bersama. Oleh sebab enggan bertengkar, Abul Asy ke Bandar Mekah untuk melihat sendiri apa yg telah berlaku dan bertemu dengan bapa mertuanya iaitu Rasulullah. Namun, Abul Asy masih lagi enggan menerima Islam sebagai agama barunya.

Hijrah kau tertahan
Engkau keseorangan
Memelihara iman
Di tengah kekufuran
Takdir menentukannya suamimu tertawan
Di medan Badar yang sangat menggetirkan
(Zainab kau sungguh tabah dipenuhi kesabaran)

HIJRAH RASULULLAH MENDUKACITAKAN ZAINAB

Di Mekah, ramai penduduk yang tidak menerima malah memusuhi Rasulullah. Selepas Rasul berdukacita disebabkan kematian bapa saudaranya Abu Talib (yang tidak sempat memeluk Islam) dan kemudiannya kematian isterinya Khadijah menyebabkan baginda bertekad untuk berhijrah ke Madinah. Zainab ditinggalkan bersama suaminya. Zainab cukup sedih dengan pemergian bapanya dan adik-beradiknya yang lain. Zainab berasa seperti hilang tempat bergantung. Terasa juga serba salahnya apabila melihat ramai orang Islam yang menyusul berhijrah. Dia masih lagi bersama suaminya yang masih kufur. Perit sekali hati Zainab ketika itu.

2 tahun selepas itu, Abu Sufyan mengumpulkan 1000 tenteranya untuk menyerang orang Islam di Madinah. Suaminya juga turut serta. Sedih dan berdebar kerana memikirkan bapanya di Madinah dan suaminya yang mahu menyerang. Namun, peperangan pertama yang dipanggil Perang Badar memberi kemenangan kepada tentera islam yang hanya 303 org menewaskan 1000 org kafir. Abul Asy telah ditawan di dalam perang itu. Lega di hati Zainab kerana bapanya terselamat, tetapi sebak apabila mengetahui suaminya adalah di antara tentera kafir yang menjadi tawanan.

Lalu kau hulurkan kalungan kenangan
Sebagai penebus suami tersayang
Menitis airmata rasul melihatnya
Melihat si khadijah seolah berbicara
Ya, binta Rasulullah

KALUNG ZAINAB DAN AIRMATA RASULULLAH

Lalu, Zainab menghantar seutas kalung pusaka yang pernah diberi oleh ibunya untuk dijadikan penebus suaminya. Terkedu baginda Rasulullah menerimanya, kerana baginda memang kenal dengan kalung pemberian allahyarhamah isterinya kepada Zainab sempena walimahnya dengan Abul Asy.

Tika sampailah waktu dibebaskan suaminya
Namun perintah allah memisahkan keduanya
Bahang panasnya gurun manusuk hingga ke sukma
Zainab mulakan hijrah yang disambut demi cinta
Tika perjalanannya unta dibunuh
Dan berguguran kandungan

HIJRAH ZAINAB DAN WAHYU

Maka, Abul Asy pun dilepaskan dengan disuruh membawa kalung tersebut kepada Zainab semula. Namun, Abul Asy dikehendaki untuk melepaskan Zainab dan membawanya pada Rasulullah ke Madinah. Pada masa itu, baru turun ayat mengharamkan suami isteri berlainan agama tinggal bersama.

Abul Asy menerima arahan tersebut dan mengarahkan adiknya untuk membawa Zainab pulang kepada bapanya di madinah. Beliau sebenarnya tidak tergamak untuk membawa Zainab pulang tetapi oleh kerana sudah berjanji dengan Rasulullah, beliau terpaksa melakukannya jua. Maka, Kinanah (adik Abul Asy) mengiringi Zainab keluar dari Mekah dan Abul Asy berpesan agar dapat menjaganya bagaikan menjaga nyawa Kinanah sendiri. Kebetulan Zainab ketika itu sedang hamil 4 bulan.

Dalam perjalanan, Abu Sufyan telah menghalang perjalanan Zainab sehinggakan unta yang ditunggangi Zainab ditombak. Maka, jatuhlah Zainab sehinggakan gugur kandungannya. Jadi, Zainab terpaksa dibawa semula ke mekah untuk dirawat. Setelah itu, barulah diserahkan kepada Rasulullah melalui Zaid bin Harithah. Kedatangannya disambut dengan kegembiraan sanak saudara dan Rasulullah sendiri. Namun jauh disudut hatinya, beliau masih rindukan Abul Asy.

Zainab kau sungguh tabah dipenuhi kesabaran
Tidak rasa keliru antara dua persimpangan
Antara dua kasih suami dan juga ayah
Juga antara cinta dan taat pada tuhan
Berjaya kau menempuhi segala rintangan
Demi cinta

BERPISAH DAN BERTEMU KERANA ISLAM

Sehinggalah pada satu ketika, mereka disatukan semula apabila Abul Asy menerima Islam sebagai agama anutannya. Zainab gembira tidak terhingga, kesabaran beliau membuahkan hasil. Namun mereka hanya sempat bersama sebagai suami isteri selama 1 tahun dan dalam 1 tahun itu Zainab dikatakan sering sakit-sakit kesan dari keguguran yang pernah dialaminya dulu. Dan selepas 2 tahun pemergian Zainab, Abul Asy pula menyusul mengikut jejak langkahnya. Begitulah berakhirnya kisah cinta Zainab. Cinta seorang isteri pada suaminya dan juga agamanya. Zainab dan Abul Asy berpisah kerana Islam dan bertemu juga kerana Islam.

Credit to : Liiana

One Response to Demi Cinta Zainab

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: