Petua awet Muda!

Semua manusia dikurniakan satu benda yang berharga bagi membezakan dirinya daripada binatang ternakan iaitu akal fikiran. Dan jika kita perhatikan didalam Al-Quran pon terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan akal fikiran.

Akal fikiran yang sihat bermaksud seorang yang berfikiran waras dan dapat mengawal tingkah lakunya. Akal fikiran yang sihat jugak boleh ditakrifkan sebagai seorang yang mempunyai fikiran yang positif. Ini kerana, ana berpendapat seharusnya seorang yang berakal fikiran yang “sihat” mempunyai nilai pemikiran yang positif. Dan jika kita perhatikan didalam agama Islam sendiri pon menyuruh umatnya berfikiran positif atau dalam istilah lain bersangka baik.

Kadang kala, kita terlalu mudah bersangka buruk dengan seseorang, diri sendiri malah dengan Allah! sebagai contoh, apabila kita didatangkan cubaan sakit dan sebagainya, terlalu lancar mulut kita mengkritik apa yang berlaku. Adapula mencemuh, merungut dan sebagainya menandakan tidak reda akan cubaan yang didatangkan oleh Allah. Sedangkan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tambahan pula sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari cubaan dan ujian. Maka seharusnya, jika kita seorang yang berfikiran waras, harus menganggap yang datang itu sebagai ujian. Mungkin boleh jadi sebagai Musibatul Tarbiyyah.

Kadang kala Allah datangkan ujian tanda kasihNya kepada hambaNya, atau kerana ada sebab – sebab tertentu seperti mana didatangkan ujian kepada para Nabi. Bagi mereka yang berfikiran positif, pastinya dapat melalui perkara yang menimpanya dengan tenang. Manakala bagi mereka yang berfikiran negetif atau mempunyai akal yang tidak sihat, pastinya mereka akan merungut, mencerca dan sebagainya.

Menurut kajian di Amerika Syarikat, orang yang berfikiran negetif cenderung untuk mengidap pelbagai jenis penyakit, cepat tua, berisiko mengidap sakit jiwa, dan pendek umur!. Ini kerana apa bila seseorang yang sedang menghadapi masalah dan dia gagal mengurus masalahnya, ini akan menyebabkan ia akan merasai tekanan perasaan yang mana mungkin akan menyebabkan pesakit tersebut cenderung untuk membunuh diri atau mengalami gangguan mental. Selain itu juga, kajian menunjukkan orang yang berfikiran negetif cenderung mengeluarkan pelbagai jenis toksin dan juga merembeskan cecair-cecair badan yang berlebihan yang mana akan menyebabkan kulit muka seseorang itu cepat berkedut dan juga cenderung mengidap pelbagai jenis penyakit.

Oleh yang demikian, seharusnya kita yang berfikiran waras dan sihat ini berfikiran positif atau bersangka baik. Kajian juga menunjukkan bahawasanya otak banyak mempengarusi sistem tubuh badan. Sehinggakan dalam perubatan sendiri terdapat sejenis kaedah perubatan yang dipanggil placebo. Sebagai contoh, Apabila ada seorang yang sedang sakit kepala, lalu anda hulurkan sebiji gula-gula yang berbentuk ubat panadol. dan anda katakan padanya bahawasanya ini adalah ubat untuk sakit kepala yang sangat bagus. dan apabila si pesakit tadi yakin dan makan”ubat” tersebut, maka kemungkinan besar pesakit itu akan sembuh.

Begitu juga kaedah yang digunakan oleh orang tua-tua dulu, bila ada budak kecil jatuh, maka dibiarkannya “alah sikit jek tu, hero mana rasa apa-apa” terus budak tadi walaupun kakinya luka, tapi dia tidak menangis berbanding budak yang jatuh kemudian dipujuk dan diperiksa lukanya, pastinya budak tersebut akan meraung dengan kuat. Ini kerana budak tadi terlah berfikiran postif bahawasanya dia tak apa-apa dan dia seorang hero, so jatuh just perkara biasa berbanding budak yang kedua yang dipujuk, dia meraung apabila dia beranggapan yang sakit atau lukanya teruk dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawasanya fikiran positif juga turut mempengaruhi kawalan emosi dan sebagainya.

Jadi,mulai hari ini untuk jadikan anda sihat, awet muda dan panjang umur (InsyaAllah) pastikan anda berfikiran positif. Akal yang sihat, membawa kepada tubuh badan yang sihat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: