Sejarah sihir

Sihir telah difirmankan oleh Allah s. w. t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a. s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s. a. w.

ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka” (Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang mengaibkan martabat Ar-Rasul s. a. w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harusberlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi “Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakit penyakit”.

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah swt. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1. Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2. Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.

3. Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4. Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5. Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s. a. w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s. w. t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah swt.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.

RASUKAN

Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s. a. w. bersabda yang maksudnya:

“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis – bapa segala jin

2. As Syaitan – syaitan

3. Al Muraddah – peragu (pewas-was)

4. Al Afariit – Ifrit (penipu-penipu)

5. Al A”wan – penolong-penolong (khadam)

6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam

7. Atthiaruun – penerbang-penerbang

8. Attawabi” – pengikut-pengikut

9. Al Qarna” – pengawan-pengawan

10. Al “Ammar – pemaa”mur-pemaa”mur

2 Responses to Sejarah sihir

  1. Tanpa Nama berkata:

    Assalamualaikum seluruh umat Islam…Diruang yg penuh dgn ilmu dan bermanfaat dpt sy dan bnyk org lain lebih memahami masalah berkaitan sihir dgn jiwa yg tenang.Islam tidak hny terbatas kpd dunia zahir atau dunia kasar yg kita huni ini,malah merangkumi dunia halus yg diami oleh makhluk-makhluk Allah seperti jin dan syaitan.Dgn itu Islam mengiktiraf kewujudan makhluk makhluk ini walaupun sains dan teknologi manusia menafikannya.Rasulullah saw mengajarkan kpd umat Islam bagaimana berhadapan dgn makhluk ghaib ini.Tidak terkesan dgn peralatan zahir yg kita miliki,doa dan jampi yg beliau adalah senjata terbaik bg menangani mereka.Melindungi dan memagari dgn memperbanyakkan membaca doa,ta’awwuz,serta zikir-zikir yg mathur.Antaranya:”TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH SAHAJA,TIADA SEKUTU BAGINYA,BAGINYA KERAJAAAN DAN BAGINYA JUGA SEGALA PUJIAN DAN DIA MAHA BEKUASA DI ATAS SEGALANYA.”
    (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

  2. Norida berkata:

    Sejarah Sihir smbg~ Seeorang yg terkena ilmu sihir atau ilmu hitam boleh di ubati dalam kaedah rawatan paling berkesan
    *Membaca ruqyah atau jampi mengikut tuntutan syarak.
    *Sihir juba boleh disingkirkan dgn kaedah hijamah atau berbekam pada anggota yg menampkkan pengaruh sihir.Bekam ialah mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dgn membedah sedikit pada kepala atau belakang badan atau anggota tertentu dan menghisap darah kotor dgn menggunakan tanduk atau cawan panas yg ditelungkupkan pada tempat yg di bedahkan itu.
    Rasulullah saw bersabda:
    “Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21 maka akan menyembuhkan semua penyakit.”
    (Hadis Abu Hurairah)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: