Side mirror yang hilang…

Alhamdulillah, hari ni side mirror moto ana hilang. Memula rasa geram lah jugak.. sebab hilang sepasang.. ana ni pulak jenis tak reti nak bawa motor tanpa side mirror.. tapi bila fikir-fikir balik.. sepatutnya ana kene bersyukur sebab yang hilang hanya side mirror, motornya tak hilang.. Terus ana rasa cool down, betul lah kata orang tua-tua “ikut hati mati, ikut rasa binasa”

Teringat ana akan satu kisah. Dimana seorang pemuda yang susah nak kawal perasaan marahnya. Maka dia bertanya kepada ayahandanya. Macam mana nak buat, lepas tu Ayahanda dia cakap.. setiap kali kalau nak marah… ambil paku besar.. kemudian tukul ke dinding sampai tenggelam. Kemudian cabut balik.. Satu hari sedang pemuda tu rasa nak marah, lalu dia pon ambil tukul dan paku tersebut lalu dipaku kedinding seperti nasihat Ayahandanya, kali pertama 10 Lubang, Kali kedua 9, kali ke tiga 8 lubang… begitu lah seterusnya sehingga akhirnya dia dapat kawal kemarahannya.

Setelah tu, dia pon jumpa Ayahandanya kemudian dia cakap yang dia dapat kawal dah kemarahannya. Dan Ayahanda dia pon suruh tengok balik kesan lubang yang dipakunya.. maka terlihatlah beberapa kesan hasil paku dia dulu.. lalu Ayahanda dia pon cakap… nak, walaupun kemarahan mu itu dah pon berlalu, tapi kesannya tetap akan kekal buat selamanya. Oleh itu kawallah marah mu itu, kerana hati yang terluka dengan kemarahanmu itu akan meninggalkan kesan buat selama-lamanya.

Lepas teringat kisah tu, ana pon start motor, terus ke kedai motor. Bayar Rm 18.00 beli side mirror baru. Alhamdulillah.. dapat side mirror baru.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: