Remaja mengandung anak luar nikah

Assalamualaikum…

Semalam 14/3 ana kena bagi kuliah harakah kat pejabat. Punya la pening tak tahu nak bawak bab apa.. sbb Lajnah tarbiyah bagi tau lambat. last-last ana bawak kitab penawar bagi hati: bagi menyatakan segala anggota yang tujuh.  Tak ramai yang datang kuliah malam tu. Lebih kurang 15-20 orang jek.

Selepas kuliah tu, Tarbiyah bukak diskusi, dan ana dimaklumkan oleh seorang jemaah :sdr Khairul mengenai 2 remaja perempuan yang tinggal di taman cendana telah mengandung luar nikah dan kini menunggu saat bersalin. Remaja itu telah dihalau dari rumah hampir 3 bulan. dan kini mereka merempat disurau kebayan berhampiran kawasan C******. Apa yang ditimbulkan dalam diskusi tersebut dimanakah peranan jawatankuasa Masjid yang berkenaan? ana difahamankan pada mulanya mereka berteduh di kawasan masjid tersebut kemudiannya menghalau mereka ke kawasan lain.

Sepatutnya JK Masjid tersebut harus mengambil tindakan membawa kes ini kepada jabatan kebajikan atau pejabat agama dan bukannya memindahkan mereka ke kawasan lain. Dan apa yang lebih menakutkan lagi apabila Sdr. Khairul juga menambah bahawa terdapat lelaki dari kaum yang bukan beragama Islam kelihatan mengambil remaja tersebut dan mengambil dan menghantar ke suatu tempat yang tidak diketahui.

Situasi sebegini amat berbahaya kerana, kemungkinan boleh terjadi pendakyahan dari agama lain, yakni dengan mengambil berat dengan niat  pendakyahan agama mereka. Dan lebih malang seandainya anak yang dikandungkan itu dilahirkan dan di ambil oleh mereka yang bukan beragama Islam. akan timbul kemungkinan besar anak tersebut akan dididik dengan agama yang selain daripada Islam. Nauzubillah.

*Keputusan diambil oleh mereka yang hadir pada kuliah tersebut adalah dengan mendesak pihak JK Masjid supaya mengendalikan masalah ini dengan secepat mungkin.

2 Responses to Remaja mengandung anak luar nikah

  1. kure-kure berkata:

    Bila masjid hilang fungsinya… ramai yang menganggap bahawa Masjid hanya tempat sembahyang semata-mata, kuliah agama dikatakan politik tidak matang… isk isk isk sedangkan pada zaman para sahabat, masjid dijadikan sebagai Pusat Islam hatta pengistiharan perang pon buat kat masjid..

  2. cute comel berkata:

    x patut masjid buat mcm 2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: