Nur Amalina

“Ramai rakan yang tidak percaya dan kata saya gila kerana hendak ambil
17 subjek tetapi saya tetapkan impian saya. Mahatma Ghandi pernah
berkata ‘kepuasan terletak pada usaha, bukan pencapaian’.

“Kalau gagal, tidak perlu takut dan kegagalan banyak mengajar mengenai
kehidupan ini,” katanya.

Menceritakan petuanya untuk memastikan minda cerdas, Nur Amalina
berkata, dia tidak mengambil minuman bergas, makanan segera dan hidangan
daripada organ dalaman haiwan.

“Sebelum mula menjawab soalan peperiksaan, saya akan berselawat dan
membaca Bismillah. Saya juga buat solat hajat dan apabila tahu berjaya
dapat 17A1, saya tunaikan sujud syukur. Syukur kepada Allah,” katanya.

JOHOR BAHRU: Tujuh bulan lalu, Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah
Menengah Ulu Tiram di sini, mencabar dirinya untuk menjadi pelajar Melayu
pertama mencipta rekod baru dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan
mengambil 17 mata pelajaran.

Hari ini, gadis berusia 17 tahun itu, bukan saja berjaya menyahut
cabaran itu, malah mencipta sejarah apabila secara rasmi diumumkan sebagai
pelajar terbaik SPM 2004 dengan mendapat 17A1.

Subjek yang diambilnya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah,
Matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan,
Prinsip Akaun, Sains Asas, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan
Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam, Matematik Tambahan
dan Bahasa Inggeris 1119.

Nur Amalina, yang baru kembali dari program pertukaran pelajar
Malaysia-Itali, mengetahui keputusan itu dua hari lalu.

Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Hussein dijadual mengumumkan
keputusan SPM di sekolahnya petang ini.

Ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi semalam,
Nur Amalina berkata, keinginan mencipta rekod baru dalam SPM dengan
memperoleh 17A1 menerusi 17 subjek Sains dan Sastera, mendorongnya mencabar
diri sendiri untuk membuktikan kemampuan dalam akademik.

Beliau menyifatkan kejayaannya memperoleh keputusan cemerlang itu
adalah ganjaran kepada usaha keras dan pengorbanannya dalam menuntut ilmu
selama ini.

“Saya bercita-cita tinggi. Saya pernah menonton televisyen pelajar
dapat 15A dan 16A (dalam SPM). Jadi, saya ingin cabar diri sendiri untuk
dapat 17A. Saya mahu catat rekod baru. Saya memang suka kepada cabaran
dan berusaha sedaya upaya untuk mencapainya,” katanya.

Dinding rumahnya dipenuhi bingkai yang mengisi pelbagai sijil
kemenangan, penyertaan pertandingan dan keratan akhbar mengenai kejayaannya.
Selain berjaya dalam akademik, Nur Amalina aktif dalam pertandingan pidato
dan pernah menjuarai Pertandingan Pidato Kelab Pelaburan Bijak
Permodalan Nasional Berhad, April tahun lalu.

Nur Amalina turut dipilih sebagai Tokoh Nilam 2004 kerana minatnya
membaca buku.

Anak tunggal kepada guru sekolah, Sabariah Hassan 45, dan jurutera
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Che Bakri Che Mod itu mendapat 5A dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 8A menerusi Penilaian Menengah
Rendah (PMR).

Beliau yang gemar membaca, pernah belajar di Kolej Tunku Kursiah,
Seremban dan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, tetapi kemudiannya mengambil
keputusan ke sekolah biasa supaya dapat tinggal bersama ibu dan bapa
tirinya, Tukiman Kalam.

“Ramai rakan yang tidak percaya dan kata saya gila kerana hendak ambil
17 subjek tetapi saya tetapkan impian saya. Mahatma Ghandi pernah
berkata ‘kepuasan terletak pada usaha, bukan pencapaian’.

“Kalau gagal, tidak perlu takut dan kegagalan banyak mengajar mengenai
kehidupan ini,” katanya.

Menceritakan petuanya untuk memastikan minda cerdas, Nur Amalina
berkata, dia tidak mengambil minuman bergas, makanan segera dan hidangan
daripada organ dalaman haiwan.

“Sebelum mula menjawab soalan peperiksaan, saya akan berselawat dan
membaca Bismillah. Saya juga buat solat hajat dan apabila tahu berjaya
dapat 17A1, saya tunaikan sujud syukur. Syukur kepada Allah,” katanya.

Nur Amalina yang baru menyambut ulang tahun ke-17 Disember lalu
bercita-cita untuk menjadi doktor pakar sakit puan dan menyimpan hasrat
melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford, England.

Katanya, beliau juga pernah menyimpan impian untuk menjadi Perdana
Menteri wanita yang pertama di negara ini.

Nur Amalina berkata, beliau membuat jadual untuk diri sendiri dan
memastikannya dipatuhi dengan penuh disiplin serta menyiapkan semua kerja
rumah sebelum mengulang kaji pelajaran.

“Setiap pagi sebaik bangun tidur, saya tetapkan apa yang ingin dibuat
hari itu. Contohnya, jika ingin belajar bab tiga Biologi dan tidak akan
tidur selagi bab itu tidak selesai diulangkaji,” katanya.

Selain menjadi pengawas sekolah, beliau juga mempunyai masa bersama
rakan-rakan seperti remaja lain dengan menonton wayang, berbasikal,
melayari internet serta mempunyai ramai rakan dari luar negara yang dikenali
menerusi laman sembang.

“Saya suka bertukar pendapat dengan rakan di laman sembang terutama
mengenai politik dan peperangan,” katanya.

Mengenai rutin hariannya selepas selesai SPM, Nur Amalina yang baru
pulang dari Itali untuk program pertukaran pelajar selama dua bulan,
berkata dia banyak menghabiskan masa membaca buku dan novel.

“Saya rasa kosong apabila peperiksaan tamat dan nasib baik bapa saudara
saya yang juga seorang doktor memberi beberapa buku perubatan untuk
dibaca sebelum masuk universiti,” katanya.

3 Responses to Nur Amalina

  1. iza berkata:

    u are so great

  2. eeina berkata:

    anak melayu yang membuatkan sy bangga dengan kejayaan nya. walaupun km sebaya namun sy mula meminati dia sejak dia diumumkan sebagai pelajar terbaik. mulai saat itu sy jadikan dia idola sy. semoga sy mampu jd lebih baik dari dia. insyaAllah.

  3. ucin stpm victim berkata:

    hrp2x stpm nnt dpt 4A…Cukup la xpya byk2x smpai 17sbjek…hahahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: