Suul Khatimah

Majoriti orang yang soleh, sangat takut akan ‘suul khatimah’. Sesungguhnya ‘suul khatimah’ terdapat dua peringkat di mana kedua-duanya adalah sangat merbahaya iaitu:

1. Hati dan perasaan seseorang ketika sakaratul maut segera merenggutnya. Maka, hatinya menjadi ragu-ragu dan tidak mempercayai Allah hingga dia mati dalam keadaan tidak beriman. Na’uzu billah!

Dalam perkara ini, sifat kufurlah yang menghalang dirinya daripada menghampiri Tuhannya yang akhirnnya akan mengakibatkan dia berpaling daripada Allah buat selama-lamanya. Maka, azab yang sangat pedih dan kekal akan menimpanya.

2. Seseorang yang dikawal oleh perasaan cintanya terhadap urusan duniawi yang tiada hubungan dengan urusan akhirat. Contohnya, seseorang itu sedang mendirikan rumah, kemudia tiba-tiba sakaratul maut datang menjemputnya.

Dalam keadaan seperti itu, dia tidak mengingati apa-apa melainkan hanya memikirkan pembikinan rumahnya yang belum selesai. Maka, jika dia mati dalam keadaan jauh daripada Allah swt. Hatinya hanyut bersama cinta terhadap harta dan dunia, bahkan berpaling dari Allah swt. Jika seseorang sudah berpaling dari Allah, maka azab dan seksaan yang pedih adalah balasannya sebenar.

Di antara dua peringkat sifat suul khatimah tersebut, peringkat pertama adalah yang paling besar bahayanya. Ini sebagaimana yang telah diterangkan dalam al-Quran bahawa api neraka hanya akan menimpa orang-orang yang tertutup hatinya terhadap Allah swt. Sedangkan orang-orang mukmin yang bersih hatinya yakni tidak bersifat hubbud dunya (cinta dunia), dan selalu mengingati Allah adalah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah taala:

“Dan janganlah Engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula. Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberi pertolongan sesuatu apa pun”- Surah As-syu’araa: 26:88-89

Kepada golongan tersebut api neraka berkata:

“Silakan kalian berlalu wahai orang Mukmin kerana cahaya yang ada padamu telah memadamkan nyalaan apiku.” – Hadith Riwayat Ya’la bin Munabih

Memang sangat bahaya jika seseorang itu mati dalam keadaan dikuasai oleh sifat hubbud dunya. Ini kerana, matinya manusia adalah sebagaimana hidupnya. Demikian juga dengan bangkitnya dari kubur sebagaimana dia mati. Jadi ianya saling bersesuaian.

Terdapat beberapa sebab yang membuatkan seseorang itu bersifat suul khatimah, walaupun dia seorang yang sangat berhati-hati, zuhud dan soleh. Ini disebabkan dalam niatnya terkandung bid’ah, bertentangan dengan sifat yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. , para sahabat dan para tabiin.

Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada para sahabatnya tentang khawarij yang rajin bersembahyang dan membaca al-Quran.

“Dia lebih rajin dari kalian dalam urusan sembahyang dan membaca al-Quran, sehingga dahinya menjadi kehitam-hitaman. Akan tetapi, dia tidak merenung erti disebalik bacaannya, akibatnya sembahyangnya yang telah didirikan tidak diterima Allah taala”

Jika demikian, bid’ah adalahh adalah sifat yang sangat merbahaya kerana boleh menyesatkan keyakinan bahawa Allah Azza Wa Jalla itu seperti makluk. Contohnya, mengganggap bahawa Allah benar-benar duduk di atas Arasy (Singgahsana ghaib), padahal Allah itu ‘ laisakamislihi syai’un.

Kelak, setelah pintu hijab terbuka, maka barulah diketahui bahawa Allah tidak sebagaimana yang telah digambarkan dan akhirnya dia akan mengingkari Allah. Saat seperti itulah dia akan mati dalam keadaan suul khatimah. Apabila seseorang itu sudah hampir kepada sakaratul maut dan hijab pon terbuka, barulah dia sedar bahawa beginilah kenyataan masalah ini. Dia akan kebingunggan kerana tidak bersesuaian dengan apa yang yang dianggap selama ini. Dalam keadaan seperti inilah dia mati dalam keadaan suul khatimah, meskipun amalannya baik, Nauzu billah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: