Kitab “Penawar Bagi Hati” Edisi Rumi

(ms/5)

(Kitab yang pertama pada menyatakan segala anggota yang tujuh)

adapun padanya 7 fasal,

fasal yang pertama pada menyatakan mata.

Ketahui olehmu bahawasanya mata engkau itu menjadikan oleh Allah taala bagi engkau kerana berberapa faedah yang bangsa akhirat dan bangsa dunia, maka setengah dari segala faedahnya yang bangsa akhirat memandang kepada langit dan matahari dan bulan bintang dan lain lainnya, supaya berdalil engkau dengan dia atas ada Allah taala dan atas keesaanNya dan atas kekuasaanNya, dan setengah daripadanya melihat akan Quran dan melihat akan jalan kepada masjid dan kepada tempat menuntut ilmu. dan setengah daripada faedahnya yang bangsa dunia melihat perusahaan engkau, dan melepaskan engkau dari segala yang menyakiti, seperti jatuh, dan berlaga, dan bermula mensyukurkan mata itu, memelihara daripadanya tiap -tiap

(ms/6)

melihat yang haram. seperti melihat perempuan yang lain daripada isterinya dan menghinanya dan megharamnya, dan seperti melihat akan yang muda belia, dan seperti melihat aurat laki laki maka lazimkan olehmu akan memelihara mata engkau kerana firman Allah taala

(1) artinya bersabda olehmu hai Rasulullah bagi sekelian yang beriman, pejamkannya oleh kamu akan mata kamu daripada barang yang tiada haruskan bagi kamu melihatnya nescaya memejam oleh mereka itu akan segala mata mereka itu, dan suruh olehmu akan mereka itu dengan memelihara faraj mereka itu nescaya memelihara mereka itu akan segala faraj mereka itu daripada barang yang haram dikerjakan dengan dia, dan yang demikian (memelihara) itu lebih baik bagi mereka itu, bahawasanya Allah taala sangat mengetahui akan batin yang mengerjakan mereka itu akan dia semacam dengan zahirnya, maka membalas ia akan mereka itu atasnya. ada pada ayat ini mengajar kelakuan yang baik dan memberitahu dan menakutkan. maka adapun mengajar adab maka firmannya;

(bersabda olehmu bagi sekelian yang beriman nescaya memejamkan mereka itu akan segala mata mereka itu)

daripada barang yang tiada halal memandangnya, dan dengan ini perkataan menyuruh Allah taala akan hambanya dengan berkelakuan yang baik, iaitu memelihara matanya daripada melihat yang haram dan memelihara kemaluannya daripada yang tiada halal dan dikerjakan dengan dia. maka wajib sekelian hamba menjunjung perintah tuhannya dan jika tiada nescaya adalah ia jahat perangai dan patut ia dimurkai dan disiksa dan adapun memberitahu maka firmannya

(bermula demikian memejamkan mata dan memelihara faraj itu lebih membersihkan dan lebih menambahkan bagi mereka itu)

memberitahu Allah taala dengan ini perkataan atas bahawasanya memejamkan mata dan memelihara faraj itu keduanya sebab bagi membersihkan hati daripada segala dosa sebab bagi membanyakkan pekerjaan kebajikan dan adapun menakutkan

(ms/7)

maka firmannya (bahawasanya Allah taala sangat mengetahui ia akan batin barang yang mengerjakan kamu akan dia seperti mengetahui ia akan zahirnya)

maka selagi membalas ia akan dia, jika ada ia yang baik nescaya membalas ia dengan pahala dan kesenangan dan syurga dan jika ada ia kejahatan maka membalas ia dengan siksa dan api neraka.

dan firman Allah taala;

(1)

artinya mengetahui oleh Allah taala akan khianat segala mata iaitu mencuri oleh mata itu memandang kepada yang diharamkan, dan mengetahui ia akan barang yang menyembunyi oleh segala hati daripada cita-cita mengerjakan kejahatan dan cita – cita mengerjakan kebajikan dan

Sabda Nabi s.a.w ; artinya bahawasanya memandang kepada tempat yang elok daripada tubuh perempuan itu seperti anak panah yang beracun dari segala anak panah iblis (pada sangat segera membinasakan) maka barang siapa meninggalkan dia kerana takut akan Allah taala nescaya memperesakan dia oleh Allah taala akan kesedapan amal ibadat yang menyukakan ia akan dia

menceritakan akan ini hadith oleh al-Hakim daripada Hazifah radiallahuanhu. dan menghukumkan ia akan sanatnya dengan sohih dan sabda Nabi s.a.w;

artinya ” ada bagi tiap-tiap manusia itu bahagiannya daripada Zina. maka kedua mata itu berzina keduanya, dan zina keduanya memandang kepada barang yang tiada harus dipandang dan kedua tangan itu berzina keduanya, dan zina keduanya menampir akan yang dilarang menampirnya dan kedua

(ms/8)

kaki berzina keduanya. dan zina keduanya berjalan ketempat yang haram berjalan kepadanya dan bermula mulut itu berzina ia dan zinanya mengucap yang tiada halal diucap dan bermula hati itu berkehendak ia dan mencinta cita ia. dan membenarkan akan yang demikian itu oleh faraj (dengan bahawa mengerjakan ia akan zina itu) atau mendustkan ia akan dia. (dengan bahawa tertegah ia daripadanya) menceritakan akan ini oleh hadith oleh muslim dan baihaki daripada Abi Hurairah r.a dan ada pada hadith ini menunjukki atas bahawasanya asal bagi zina faraj itu adalah dua mata.

dan hendaklah menilik engkau kepada segala anggota engkau, dengan apa pekerjaan yang patut ia, dan akan apa pekerjaan yang dinanti-nanti baginya, maka pelihara engkau akan segala anggota engkau itu sebagai pelihara yang patut padanya dengan segala pekerjaan yang dinanti baginya itu, maka jika pekerjaan itu sangat besar nescaya engkau pelihara anggota itu dengan peliharaan yang bersangatan, maka bermula kaki itu adalah dinanti-nanti baginya akan berjalan di kebun syurga dan mahligainya, dan adapun tangan itu maka dinanti-nanti baginya mencapai buahan buahan syurga dan minumannya, itulah segala anggota yang lain, maka mata hanya sanya kerana memandang Zat Allah taala didalam syurga dengan tiada menyerupai kelakuan melihat yang baharu dan tiada ada didalam negeri didunia dan tiada ada di negeri akhirat nikmat yang lebih besar daripada nikmat melihat tuhan itu, dan patut sangat bagi mata yang dinanti baginya akan sebesar-besar nikmat bahawa dipelihara akan dia dengan sehingga hingga pelihara, dan dimuliakan dia sehabis habis mulia dan bahawa tiada dikotor akan dia dengan memandang akan yang haram. Wallahualam

____________________________________________________

Himpunan oleh : Sheikh abdul khadir b Abdul Mutalib al Indonesi
Cetakkan keempat pada ramadan 1383 bersamaan Februari 1964, Bangkok

Dirumikan oleh

Ustazah Mahani Bt Pak Be
B.A (hons) Dakwah dan kepimpinan UKM bangi

Jurutaip: Muassasah

About these ads

13 Responses to Kitab “Penawar Bagi Hati” Edisi Rumi

  1. hamba yang hina di sisiNYA berkata:

    ruangan ini adalah satu madah yang membantu kita semua untuk menyuburkan iman dan taqwa. ketika ketandusan iman, layarilah blog ilmiah yang mungkin dapat membantu jiwa yang dahagakan rindu, kasih sayang, cinta dan redho Illahi.. semoga kita adalah antara golongan terbaik di sisiNYA.Ameen.. Selamat Berjuang Meninggalkan nafsu-nafsu jahat dalam diri…

  2. hamba yang hina di sisiNYA berkata:

    pernah kudengar kuliah ini semasa kuliah maghrib di kolej ungku omar, UPSI beberapa tahun lalu. mendengar daripada guru yang mengajar betul-betul meresap ke dalam hati dan sesuailah ia dinamakan KITAB PENAWAR BAGI HATI…

  3. hamba yang hina di sisiNYA berkata:

    semoga diri ini dan zauj tersayang dapat menelaah KITAB PENAWAR BAGI HATI ini sebagai risalah buat diri dan generasi soleh solehah suatu hari nanti… Ameen.

  4. cikgu Adham berkata:

    slm.. Semasa di UPSI tu, ustaz Yusri Mazlan dari Darul Quran KKB yang memberi kuliah… tetapi sayang pengajian tidak dapat ditamatkan kerana kekangan masa dan faktor2 tertentu yang tidak dapat dielakkan…

  5. isya cella berkata:

    assalamualaikum..boleh tak saya minta bahasa moden bagi tajuk marah dan dengki? terima kasih

  6. saharudin berkata:

    suka saya baca kitab ni.saya pun ada belajar ngan ustaz azhar kat terengganu

  7. MATLAGOMAT berkata:

    Asalamualaikum

  8. zu berkata:

    Salam, siapa tahu kat mana ada jual kitab ‘penawar bagi hati’dlm tulisan rumi? Sebarang info mohon email kpd saya zukikuj@yahoo.com. Wassalam.

  9. Tanpa Nama berkata:

    kitab ni ada dalam bahasa rumi keluaranpustaka aman yang diterjemahkan olehus abd ghani jabal maraqy..tapi baca yang jawi lagi syok bro…haha

  10. Bernadine berkata:

    I would like to thank you for the efforts you’ve put in penning this blog. I am hoping to check out the same high-grade content by you in the future as well. In fact, your creative writing abilities has inspired me to get my own website now ;)

  11. Pretty! This was a really wonderful article. Thank you for supplying this info.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: